Kembali
Tawaran Projek ICE

INDEKS KESIHATAN MENTAL BELIA 2026 (MyMHI'26)

ENUMERATOR • Seluruh Malaysia

Poster INDEKS KESIHATAN MENTAL BELIA 2026 (MyMHI'26)

Ringkasan Program

Skop Projek

1. Menghadiri taklimat berkaitan proses pengumpulan data yang dikendalikan oleh pihak IYRES. 2. Bertanggungjawab untuk melengkapkan borang soal selidik menggunakan Sistem pengurusan Kaji Selidik (iGREAT) IYRES kepada responden kajian sepanjang pelaksanaan kerja lapangan mengikut persampelan yang telah ditentukan oleh IYRES. 3. Bertanggungjawab menghubungi pegawai penyelidik IYRES masing-masing dan memaklumkan sekiranya berlaku masalah atau isu semasa proses pengumpulan data di lapangan kajian. 4. Memastikan semua soalan dilengkapkan oleh setiap responden sebelum dihantar kepada pihak penyelia untuk tujuan semakan mengikut persampelan kajian yang telah ditetapkan. 5. Menjalankan kerja pengumpulan data dengan jujur, amanah, bertanggungjawab, berintegriti dan profesional dalam menjalankan tugas yang diberikan

Kriteria Program

1. Warganegara Malaysia. 2. Berumur antara 18 tahun hingga 40 tahun. 3. Mahir/boleh berkomunikasi dan memahami Bahasa Melayu, Bahasa English dan lain-lain bahasa. 4. Mempunyai lesen memandu kereta dan/ atau motosikal. 5. Calon yang mempunyai pengalaman dan prestasi yang baik sebagai IYRES Community Enumerator (ICE) IYRES menjadi keutamaan dalam pemilihan ini. 6. Boleh dihubungi bila-bila masa apabila diperlukan oleh pihak penyelidik. 7. Berdisiplin, berdedikasi, mesra berinteraksi dengan pihak penyelidik dan responden kajian, komited, jujur, amanah, bertanggungjawab, berintegriti dan profesional dalam menjalankan tugas yang diberikan. 8. Boleh menerima arahan dari semasa ke semasa. 9. Boleh bertugas di kawasan yang telah ditetapkan. 10. Tiada aduan salah laku dan rekod jenayah. 11. Mempunyai alat elektronik (telefon pintar atau tab) dengan ciri-ciri berikut: 12. a) iOS : iOS 11 b) Android : Android 6.0 c) RAM : 4GB Nota: *Latihan akan diberikan sebelum kerja lapangan dilaksanakan. **Tidak boleh menarik diri selepas melakukan pendaftaran melainkan melibatkan hal kecemasan.

Objektif Program

null

Maklumat Utama

  • Status Dibuka
  • Jawatan ENUMERATOR
  • Kekosongan 160
  • Lokasi Seluruh Malaysia
  • Permohonan 18 Ogs 2026 12:00 – 31 Ogs 2026 12:00
  • Tempoh Projek 13 Apr 2026 – 30 Apr 2026
  • Tahun 2026

Berminat dengan program ini? Log masuk atau mohon terus jika anda sudah mempunyai akaun Myprofil.

Mohon Sekarang Lihat Tawaran Lain