Myprofil Pendaftaran
Platform Digital Pengurusan Profil Belia
Pendaftaran
Maklumat pendaftaran
Sila baca penerangan untuk setiap bahagian di bawah. Bahagian II adalah pilihan; lengkapkan pada langkah berikut jika anda berminat.
Setiap individu boleh mendaftar akaun di dalam sistem Myprofil secara peribadi. Setelah profil lengkap diisi, IYRES akan menawarkan peluang untuk menyertai pelbagai kajian tinjauan (survey). Peserta yang terlibat akan menerima ganjaran dalam bentuk wang tunai (monetari) atau manfaat-manfaat lain yang berkaitan.
Pihak pertubuhan atau persatuan juga dialu-alukan untuk mendaftar bagi memudahkan kolaborasi dengan IYRES. Jika anda merupakan setiausaha pertubuhan/persatuan yang berdaftar di bawah Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) dan berminat untuk mendaftar, pilih Ya pada kedua-dua soalan di Bahagian II: Maklumat Pertubuhan dan lengkapkan maklumat organisasi.
- Verifikasi: Selepas pendaftaran dibuat, IYRES akan membuat pengesahan organisasi anda melalui Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY).
- Maklumat diperlukan: Sediakan nama rasmi organisasi dan nombor pendaftaran pertubuhan yang sah.
- Pengurusan ahli: Setelah organisasi diluluskan, ahli-ahli anda boleh memohon untuk menyertai organisasi tersebut di dalam sistem.