Kembali
Tawaran Projek ICE

PENGUMPULAN DATA PROFIL BELIA NEET TAHUN 2026

ENUMERATOR • Seluruh Malaysia

Poster PENGUMPULAN DATA PROFIL BELIA NEET TAHUN 2026

Ringkasan Program

Skop Projek

a. Boleh bertugas sepenuh masa selama tujuh (7) hari mengikut tarikh dan lokasi pengumpulan data yang ditetapkan.

b. Proses pengumpulan data akan dipantau oleh penyelidik IYRES di lapangan.

c. Enumerator perlu mengenal pasti dan mengedarkan borang soal selidik kepada responden yang tidak bekerja dan belajar (NEET) sepanjang pelaksanaan kerja lapangan.

d. Enumerator mestilah memastikan semua soalan dilengkapkan oleh setiap responden sebelum dihantar kepada penyelidik IYRES untuk tujuan semakan.


Nota:

* Diwajibkan menghadiri sesi taklimat yang akan diadakan secara fizikal pada hari bekerja sebelum kerja lapangan dilaksanakan.

** Tidak boleh menarik diri selepas melakukan pendaftaran melainkan melibatkan hal kecemasan.

Kriteria Program

a. Warganegara Malaysia.

b. Berumur di antara 18 tahun hingga 40 tahun.

c. Mahir/ boleh berkomunikasi dan memahami Bahasa Melayu, Bahasa English dan lain-lain bahasa.

d. Mempunyai lesen memandu kereta dan/ atau motosikal.

e. Calon yang mempunyai pengalaman dan prestasi yang baik sebagai IYRES Community Enumerator (ICE) IYRES menjadi keutamaan dalam pemilihan ini.

f. Boleh dihubungi bila-bila masa apabila diperlukan oleh pihak penyelidik.

g. Berdisiplin, berdedikasi, mesra berinteraksi dengan pihak penyelidik dan responden kajian, komited, jujur, amanah, bertanggungjawab, berintegriti dan profesional dalam menjalankan tugas yang diberikan.

h. Boleh menerima arahan dari semasa ke semasa.

i. Tiada aduan salah laku dan rekod jenayah.

Objektif Program

null

Maklumat Utama

  • Status Dibuka
  • Jawatan ENUMERATOR
  • Kekosongan 102
  • Lokasi Seluruh Malaysia
  • Permohonan 18 Ogs 2026 12:00 PM – 22 Ogs 2026 12:00 PM
  • Tempoh Projek 01 Jun 2026 – 31 Ogs 2026
  • Tahun 2026

Berminat dengan program ini? Log masuk atau mohon terus jika anda sudah mempunyai akaun Myprofil.

Mohon Sekarang Lihat Tawaran Lain