SUKARELAWAN FORMULA 1 GULF AIR BAHRAIN GRAND PRIX DI MALAYSIA 2026
SUKARELAWAN • Litar Antarabangsa Petronas Sepang
Ringkasan Program
- Formula 1 merupakan antara acara sukan permotoran paling berprestij di dunia dan melibatkan pelbagai komponen pengurusan seperti operasi acara, pengurusan penonton, khidmat tetamu, komunikasi, keselamatan, media, logistik dan pengurusan venue.
- Pada 26 Julai 2026, Formula 1 dan FIA mengesahkan bahawa Malaysia akan menjadi lokasi penganjuran Gulf Air Bahrain Grand Prix bagi musim 2026 di Litar Antarabangsa Petronas Sepang. Perlumbaan tersebut dijadualkan berlangsung pada 2 hingga 4 Oktober 2026.
- Penganjuran ini mempunyai nilai strategik kepada Malaysia kerana ia mengembalikan Formula 1 ke Sepang selepas kali terakhir Malaysia menjadi tuan rumah pada tahun 2017. Formula 1 turut menyifatkan Sepang sebagai salah satu litar ikonik dalam sejarah Formula 1.
- Sehubungan itu, penglibatan rakyat Malaysia sebagai sukarelawan boleh dijadikan platform untuk membangunkan modal insan yang mempunyai kemahiran, disiplin, profesionalisme dan pengalaman dalam pengurusan acara sukan bertaraf dunia
Skop Projek
Pemohon yang berjaya terpilih akan bertugas mengikut lokasi berikut:
- Perkhidmatan Pelanggan
- Tiket dan Kemasukan
- Perhubungan dan Penyambut Tetamu
- Pengurusan Kawasan MADANI
Syarat Projek
- Warganegara Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas
- Sihat tubuh badan dan bebas daripada penyakit kronik dan berjangkit
- Berdisiplin dan berintegriti
- Boleh bekerja dalam kumpulan dan bertoleransi tinggi
- Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik
- Keutamaan kepada yang boleh menguasai bahasa Inggeris dan bahasa asing
- TIADA KEMUDAHAN PENGINAPAN DAN PENGANGKUTAN DISEDIAKAN - KEMUDAHAN PENGINAPAN DAN PENGANGKUTAN ADALAH DI BAWAH TANGGUNGAN SUKARELAWAN SENDIRI
Objektif Program
{"1":"Memberi pendedahan kepada rakyat Malaysia terhadap pengurusan acara sukan bertaraf antarabangsa, khususnya dalam aspek operasi, pengurusan penonton, khidmat tetamu, komunikasi dan sokongan acara","0":"Meningkatkan kefahaman mengenai standard pengurusan acara sukan antarabangsa, termasuk aspek disiplin, profesionalisme, keselamatan, layanan tetamu dan pengurusan operasi","5":"Mewujudkan pengalaman pembelajaran dan pembangunan kendiri yang dapat meningkatkan keyakinan, kemahiran sosial serta kebolehpasaran sukarelawan, khususnya golongan belia","4":"Menyemarakkan semangat patriotisme dan rasa bangga sebagai rakyat Malaysia melalui penglibatan secara langsung dalam penganjuran acara sukan permotoran bertaraf dunia di Malaysia","8":"Memperkukuh imej dan reputasi Malaysia sebagai negara yang mempunyai rakyat yang mesra, berdisiplin, profesional dan mempunyai budaya kesukarelawanan yang tinggi","6":"Memperkasa kemahiran kepimpinan, kerja berpasukan, komunikasi dan penyelesaian masalah dalam kalangan sukarelawan melalui tugasan dan situasi sebenar sepanjang penganjuran","3":"Membudayakan semangat kesukarelawanan dalam kalangan rakyat Malaysia sebagai satu bentuk sumbangan kepada pembangunan sukan dan masyarakat","2":"Menyokong kejayaan penganjuran Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix di Malaysia dengan menyediakan barisan sukarelawan yang kompeten, responsif dan berorientasikan perkhidmatan","7":"Meningkatkan kemahiran dan kompetensi sukarelawan Malaysia melalui pengalaman sebenar dalam pengendalian acara Formula 1 yang melibatkan peserta, pegawai, pasukan, media dan peminat dari pelbagai negara"}
Tawaran ini tidak aktif lagi kerana perubahan dalaman. Sila semak tawaran lain yang masih dibuka.
Lihat Tawaran Lain