Kembali
Tawaran Projek ICE
KAJIAN HARI SUKAN NEGARA 2026
ENUMERATOR • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Ringkasan Program
Pelaksanaan kutipan data Kajian Hari Sukan Negara bagi tahun 2026 akan dilaksanakan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Skop Projek
- Menghadiri taklimat berkaitan proses pengumpulan data yang dikendalikan oleh pihak IYRES.
- Bertanggungjawab untuk melengkapkan borang soal selidik menggunakan Sistem pengurusan Kaji Selidik IYRES (iGREAT) kepada responden kajian sepanjang pelaksanaan kerja lapangan mengikut persampelan yang telah ditentukan oleh IYRES.
- Bertanggungjawab menghubungi pegawai penyelidik IYRES masing-masing dan memaklumkan sekiranya berlaku masalah atau isu semasa proses pengumpulan data di lapangan kajian.
- Memastikan semua soalan dilengkapkan oleh setiap responden sebelum dihantar kepada penyelidik untuk tujuan semakan mengikut persampelan kajian yang telah ditetapkan.
- Menjalankan kerja pengumpulan data dengan jujur, amanah, bertanggungjawab, berintegriti dan profesional dalam menjalankan tugas yang diberikan
Kriteria Program
- Warganegara Malaysia.
- Berumur di antara 18 tahun hingga 40 tahun.
- Mahir/ boleh berkomunikasi dan memahami Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan lain-lain Bahasa.
- Mempunyai lesen memandu kereta dan/ atau motosikal.
- Calon yang mempunyai pengalaman dan prestasi yang baik sebagai IYRES Community Enumerator (ICE) IYRES menjadi keutamaan dalam pemilihan ini.
- Boleh dihubungi bila-bila masa apabila diperlukan oleh pihak penyelidik.
- Berdisiplin, berdedikasi, mesra berinteraksi dengan pihak penyelidik dan responden Kajian, komited, jujur, Amanah, bertanggungjawab, berintegriti dan profesional dalam menjalankan tugas yang diberikan.
- Boleh menerima arahan dari semasa ke semasa.
- Boleh bertugas di Kawasan yang telah ditetapkan.
- Tiada aduan salah laku dan rekod jenayah.
- Mempunyai alat elektronik (telefon pintar atau tab) dengan ciri-ciri berikut:
a) iOS: iOS 11
b) Android: Android 6.0
c) RAM: 4GB
Berminat dengan program ini? Log masuk atau mohon terus jika anda sudah mempunyai akaun Myprofil.
Mohon Sekarang Lihat Tawaran Lain